Peminat Novel

Monday 13 January 2014

Makluman kepada pengunjung blog

Salam,

Masih banyak lagi novel-novel yang saya nak jual, so kalau ada sesiapa yang ingin mencari novel-novel lama boleh hantar email/ wassup saya untuk sebarang pertanyaan. 

Harga yang saya offer sudah termasuk charge postage (pos laju) dan harga yang ditawarkan adalah lebih murah daripada harga dalam pasaran.

Saya hanya menjual novel2 lama (second hand) bukan novel2 yang baru. hehe

Untuk pembeli yg berada di Sabah/Sarawak, tiada sebarang penambahan charge yg dikenakan. Harga jual sama seperti yang saya offer dlm blog.:)

Text/wassup: 017-2524917 (afiqah)
Email: novelterpakaimurah@gmail.com

Adaptasi Novel ke Drama


Title: Cinta Pandang ke-2
Penulis: Laila Kamilia
Harga asal: RM 22
Harga jual (termasuk postage): RM 18

Sinopsis: "Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Source: http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2933 






Title: Kasih Yang Suci
Penulis: Meen Zulaikha
Harga asal: RM19
Harga jual (termasuk postage): RM 15

Sinopsis:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Source: http://www.melvister.com/2011/06/sinopsis-novel-kasih-yang-suci.html









Title: Adam dan Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Harga asal: RM19.90
Harga jual (termasuk postage): RM 15

Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... 


Source: http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=159 






Title: Sebenarnya Saya Isteri Dia SOLD
Penulis:Zura Asyfar
Harga asal: RM30
Harga jual (termasuk postage): RM25

Sinopsis:
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.


Source: http://www.karyaseni.my/beli-novel.html?page=shop.product_details&flypage=&product_id=36&category_id=6
Untuk pembelian sila text/wassup saya 017-2524917 (afiqah)
 

Order: Vitagen pelbagai perisa

Salam semua,

Saya nak promote vitagen sekejap. hehe.  Kalau ada sesiapa yang sedang mencari vitagen dengan harga yang murah berbanding dengan harga pasaran, boleh send text/wassup ke no ni: 019-2042998 (zafirah) untuk tempahan ataupun pertanyaan.



Harga 1 pack (ada 5 perisa- seperti dalam gambar) = RM 4.00

Minimum order 10 packs.
Penghantaran akan dibuat ke kawasan Serdang, Bangi dan Putrajaya.

Thursday 2 January 2014

Update: New Year 2014 Sale Collection (30% less)


Tajuk: Cerita Cinta
Penulis: Anis Zainol
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd.
Harga Jual (termasuk postage): RM 20



Tajuk: Manisnya Cinta SOLD
Penulis: Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual (termasuk postage): RM11.90

Tajuk: Ilham Hati
Penulis: Damya Hanna
Harga Jual (termasuk postage): RM13.90

Tajuk: Bintang Itu Milikku SOLD
Penulis: Arfa Ardiya
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual (termasuk postage): RM13.90

Tajuk: Tanpamu Aku Rindu
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual (termasuk postage): RM13

Tajuk: Kejora Di Langit Cinta SOLD
Penulis: Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual (termasuk postage): RM16


Tajuk: Hatimu Milikku
Penulis: Eliza Ab
Penerbit: Kaki Novel
Harga Jual (termasuk postage): RM25

Tajuk: Kau Milikku
Penulis: Aisha Hamza
Penerbit: Kaki Novel
Harga Jual (termasuk postage): RM16




Tajuk: Kala Mimpi Bersatu
Penulis: Emma Maizura
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual (termasuk postage): RM13

Tajuk: Seandainya
Penulis: Rys Areesa
Penerbit: Kaki Novel
Harga Jual (termasuk postage): RM20


Tajuk: Terpenjara Di Kamar Sutera
Penulis: Kamsiah Abu
Harga Jual (termasuk postage): RM13.90

Tajuk: Tanya Pada Hati
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni
Harga Jual (termasuk postage): RM14

Tajuk: Cintaku Hanya Kamu
Penulis: Julia Jazmine
Harga Jual (termasuk postage): RM13


 Penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan pos laju. Sebarang pertanyaan sila hantarkan email kepada novelterpakaimurah@gmail.com atau msg/wassup ke no telefon 017-2524917.